DB Trip / RCCB Trip Troubleshooting 

DB Trip • RCCB Trip • Blackout • Short Circuit • Electrical Fault Diagnosis

Elite Electrician 24 Hours menyediakan servis pemeriksaan dan troubleshooting untuk masalah DB trip, RCCB trip, MCB trip, ELCB trip, main switch trip, house blackout dan electrical fault diagnosis.

Kami menggunakan pendekatan test and prove sebelum membuat keputusan pembaikan. Pemeriksaan boleh melibatkan visual inspection pada DB, leakage checking, insulation resistance test, continuity checking, circuit isolation dan RCD / RCCB test jika diperlukan.

Jika RCCB, MCB atau main switch trip berulang kali, pelanggan tidak digalakkan untuk memaksa suis ON berkali-kali tanpa pemeriksaan kerana ia boleh meningkatkan risiko kepada wiring, peralatan elektrik dan keselamatan penghuni.

Servis ini difokuskan kepada kerja emergency troubleshooting, inspection, fault diagnosis dan corrective repair. Untuk slot emergency, kami tidak mengambil kerja pemasangan biasa seperti pasang lampu, tambah socket, tambah point kecil atau wiring renovation biasa.

Deposit / booking fee RM50 akan diminta sebelum pergerakan ke lokasi sebagai pengesahan kerja, komitmen pelanggan dan kos perjalanan awal.

Harga akhir hanya boleh disahkan selepas pemeriksaan sebenar di lokasi kerana kerja DB trip / RCCB trip bergantung kepada keadaan sistem elektrik, tahap risiko, masa pemeriksaan, akses kawasan dan skop pembaikan sebenar.