Elite Electrician 24 Hours menyediakan servis on-call electrician untuk kerja-kerja kecemasan elektrik seperti DB trip, RCCB trip, MCB trip, house blackout, short circuit, burning smell, power failure dan electrical fault diagnosis.
Servis ini tersedia untuk panggilan pada waktu siang dan malam, tertakluk kepada lokasi, tahap kecemasan, keadaan keselamatan di tapak dan availability technician.
1. Emergency & Fault Finding Scope
Untuk servis 24 hours / emergency call-out, fokus utama kami adalah kerja-kerja troubleshooting, inspection, fault diagnosis dan corrective repair bagi masalah elektrik yang mengganggu bekalan atau berisiko kepada keselamatan.
Kami tidak mengambil kerja pemasangan biasa untuk slot emergency seperti:
Kerja pemasangan biasa lebih sesuai dijadualkan pada waktu kerja normal supaya perancangan litar, routing kabel, material dan kekemasan kerja dapat dibuat dengan lebih teratur.
2. Booking / Deposit RM50
Untuk pengesahan on-call dan pergerakan ke lokasi, deposit / booking fee Rm 50 akan diminta terlebih dahulu.
Deposit ini dibuat sebagai win-win situation untuk kedua-dua pihak:
Mengesahkan lokasi dan betul-betul memerlukan perkhidmatan.
Mengelakkan pembatalan saat akhir selepas technician bergerak.
Membantu menampung kos perjalanan awal.
Memberi komitmen yang jelas antara pelanggan dan pihak electrician.
Deposit RM50 ini akan dikira sebagai sebahagian daripada kos kehadiran / inspection, tertakluk kepada lokasi, masa panggilan dan skop kerja yang terlibat.
3. Harga Akhir Selepas Pemeriksaan
Anggaran harga awal boleh diberikan melalui WhatsApp berdasarkan maklumat, gambar atau video yang dihantar oleh pelanggan.
Namun, harga akhir hanya boleh disahkan selepas pemeriksaan sebenar di lokasi kerana punca kerosakan elektrik bergantung kepada keadaan sebenar sistem, bacaan test equipment, susunan DB, wiring, protection device dan tahap risiko kerja.
Fault finding bukan kerja tekaan. Ia memerlukan pemeriksaan secara berperingkat seperti visual inspection, leakage checking, insulation resistance test, continuity checking, RCD / RCCB test dan penilaian keselamatan litar sebelum keputusan pembaikan boleh dibuat.
4. Komponen Major Tidak Termasuk
Caj asas pemeriksaan / troubleshooting tidak termasuk komponen major seperti:
Sebarang penggantian komponen atau kerja tambahan akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan sebelum kerja diteruskan.
5. Akses Kepada DB, Meter, Riser Room & Kawasan Berkaitan
Pelanggan perlu memastikan akses kepada kawasan yang berkaitan disediakan jika diperlukan, termasuk:
Jika akses tidak dibenarkan oleh pihak management, guard, tenant, owner atau pihak ketiga, proses diagnosis mungkin terhad kepada kawasan yang boleh diperiksa sahaja.
Sekiranya punca masalah melibatkan supply TNB, meter, cut-out fuse, riser room, management panel atau incoming service cable, kerja pembaikan mungkin memerlukan tindakan lanjut daripada pihak TNB, management atau kontraktor berkaitan.
6. Keadaan Kerja Di Tapak
Semasa pemeriksaan dan troubleshooting sedang dijalankan, kami memohon kerjasama pelanggan untuk memberi ruang kerja yang sesuai.
Pelanggan boleh bertanya, berbincang dan menerangkan sejarah masalah elektrik yang berlaku. Namun, kami tidak menggalakkan pelanggan terlalu menekan, mengganggu, mengarah secara berlebihan, atau memaksa proses kerja dipercepatkan ketika pemeriksaan sedang dibuat.
Troubleshooting elektrik memerlukan fokus, bacaan alat test yang tepat, pemeriksaan litar, risk assessment dan langkah kerja yang selamat. Gangguan berlebihan boleh meningkatkan risiko salah diagnosis, kecuaian atau bahaya semasa kerja pada sistem elektrik yang masih berpotensi energized.
7. Keselamatan & Hak Menolak Kerja Tidak Selamat
Untuk tujuan keselamatan, bekalan elektrik mungkin perlu dimatikan sementara semasa pemeriksaan atau pembaikan dijalankan.
Kami berhak menolak sebarang permintaan kerja yang boleh membahayakan pengguna, merosakkan sistem elektrik atau melanggar prinsip keselamatan elektrik, termasuk:
Bypass RCCB / RCD protection
Jumper MCB secara tidak selamat
Menghidupkan semula litar yang masih short circuit
Membiarkan litar leakage beroperasi tanpa tindakan pembaikan
Sambungan sementara yang berisiko overheating, arcing atau electric shock
Permintaan kerja yang tidak mematuhi amalan keselamatan elektrik
Keutamaan kami adalah memastikan sistem elektrik diperiksa dan dikendalikan dengan cara yang selamat, berhemah dan berasaskan diagnosis sebenar.
8. Emergency Work Limitation
Bagi kerja emergency, keutamaan kami adalah mengenal pasti punca kerosakan, menstabilkan keadaan sistem elektrik dan memberi cadangan pembaikan yang sesuai.
Sesetengah kes mungkin tidak dapat disiapkan sepenuhnya pada lawatan pertama sekiranya melibatkan kerosakan kabel tersembunyi, komponen tidak tersedia, akses terhad, kerja rewiring, kerosakan dari pihak TNB / management atau risiko keselamatan yang memerlukan tindakan lanjut.
Kami akan cuba bantu sebaik mungkin berdasarkan keadaan sebenar di tapak, tetapi keputusan teknikal perlu dibuat berdasarkan pemeriksaan, bacaan alat test dan tahap keselamatan sistem elektrik.